Monday, June 1, 2020

Hukum Baca Quran Tak Pakai Tudung!


BACA QURAN TIDAK PAKAI TUDUNG

SOALAN :

Saya selalu amalkan membaca Quran beberapa helai pada waktu malam sebelum tidur dan saya hendak tanya apakah hukumnya saya membaca Quran tanpa memakai tudung kerana kadang-kadang saya membasuh rambut sebelum tidur?

JAWAPAN :

Tidak wajib bagi siapa yang hendak membaca Quran itu menutup auratnya akan tetapi sunat hukumnya menutup aurat ketika hendak membaca Quran yaitu pada tempat yang tiada orang yang melihat akan auratnya.

Ada pun jika ada disitu orang yang haram melihat auratnya maka wajib dia menutup aurat dengan sempurna.

Berkata Dr Nuh Ali Sulaiman Mufti Negeri Jordan :

نعم يجوز؛ لأنه ليس من شروط قراءة القرآن أن تكون المرأة محتجبة، ولكن يستحب لها ذلك كي تكون متهيئة لسجود التلاوة أثناء القراءة، فستر العورة من شروط صحة سجود التلاوة كما هو من شروط صحة الصلاة، والمهم أن لا تهجر قراءة القرآن. والله أعلم. :  لجنة الإفتاء ومراجعة سماحة المفتي العام الدكتور نوح علي سلمان

Artinya : “Ya harus membaca Quran tanpa menutup aurat kerana sungguhnya menutup aurat itu bukannya syarat membaca Quran yaitu perempuan mesti memakai tudung. Akan tetapi disunatkan bagi perempuan itu menutup aurat supaya ia bersedia bagi melakukan sujud tilawah pada pertengahan bacaannya (jika sampai pada ayat tilawah) sebab menutup aurat itu setengah dari syarat sah sujud tilawah sebagaimana ia juga syarat bagi sahnya solat. Dan yang paling penting ialah jangan meninggalkan membaca Quran.” (Lajnah Ifta Jordan)

Kesimpulan

Ketika membaca Quran tidak diwajibkan seorang itu menutup aurat.

Sunat hukumnya menutup aurat dengan sempurna ketika membaca Quran kerana memuliakan kalam Allah yang sangat mulia.

wallahua'lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

No comments:

Post a Comment