Monday, June 1, 2020

Hukum Baca Quran Tak Pakai Tudung!


BACA QURAN TIDAK PAKAI TUDUNG

SOALAN :

Saya selalu amalkan membaca Quran beberapa helai pada waktu malam sebelum tidur dan saya hendak tanya apakah hukumnya saya membaca Quran tanpa memakai tudung kerana kadang-kadang saya membasuh rambut sebelum tidur?

JAWAPAN :

Tidak wajib bagi siapa yang hendak membaca Quran itu menutup auratnya akan tetapi sunat hukumnya menutup aurat ketika hendak membaca Quran yaitu pada tempat yang tiada orang yang melihat akan auratnya.

Ada pun jika ada disitu orang yang haram melihat auratnya maka wajib dia menutup aurat dengan sempurna.

Berkata Dr Nuh Ali Sulaiman Mufti Negeri Jordan :

نعم يجوز؛ لأنه ليس من شروط قراءة القرآن أن تكون المرأة محتجبة، ولكن يستحب لها ذلك كي تكون متهيئة لسجود التلاوة أثناء القراءة، فستر العورة من شروط صحة سجود التلاوة كما هو من شروط صحة الصلاة، والمهم أن لا تهجر قراءة القرآن. والله أعلم. :  لجنة الإفتاء ومراجعة سماحة المفتي العام الدكتور نوح علي سلمان

Artinya : “Ya harus membaca Quran tanpa menutup aurat kerana sungguhnya menutup aurat itu bukannya syarat membaca Quran yaitu perempuan mesti memakai tudung. Akan tetapi disunatkan bagi perempuan itu menutup aurat supaya ia bersedia bagi melakukan sujud tilawah pada pertengahan bacaannya (jika sampai pada ayat tilawah) sebab menutup aurat itu setengah dari syarat sah sujud tilawah sebagaimana ia juga syarat bagi sahnya solat. Dan yang paling penting ialah jangan meninggalkan membaca Quran.” (Lajnah Ifta Jordan)

Kesimpulan

Ketika membaca Quran tidak diwajibkan seorang itu menutup aurat.

Sunat hukumnya menutup aurat dengan sempurna ketika membaca Quran kerana memuliakan kalam Allah yang sangat mulia.

wallahua'lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

Hukum Peluk & Cium Jenazah, Baca Ni!


JANGAN DENGAR CAKAP ORANG! BACA NI!

Apabila Giliran suami/isteri nak cium....dia mencium dahi isterinya/suaminya...air mata mengalir kepipi jenazah....di peluk isteri/suami agak lama...Kalu secara fitrah nya akan mengalir air matanya terkena kain kafan jenazah...

Seorang makcik bersuara:
"Angkat suami dia tu...jgn peluk lama2 arwah isteri awk tu...jgn sampai air mata ni menitik kene jenazah...kesian dia..berat dia nak pergi...."...maka si suami di papah oleh anak lelakinya keluar rumah....

Ini lah khilaf yg sering berlaku dlm masyarakat melayu islam kita...sebenarnya biarkan sahaja contohnya jika si suami ingin mencium dan memeluk isterinya lama buat kali terakhir...kalau pun dia menangis dan air matanya terkena kain kafan xmengapa...

tiada hadis atau nas yg mengatakan xboleh...disaat itulah si suami mungkin sedang berbisik memaafkan dan menghalalkan segala makanminum kpd isterinya....

Begitu juga sebaliknya yang berlaku pada isteri yang mencium jenazah suaminya...

Malah tidak akan batal wuduk si mati oleh kerana sebab dicium oleh suami atau isteri nya. Yg batal wuduk hanya lah orang yg hidup.

Ingat...yg tak boleh itu jika kamu meratap atau meraung dihadapan jenazah atau sewaktu kematian nya..dilarang keras oleh Rasulullah saw..wallahualam

Kekhilafan yang ramai lakukan dan masih berlaku hingga hari ini..😢

kredit: Basyirol Abu Bakar

Sunday, May 31, 2020

Kek Oren Orang Dulu-dulu, Sedap & Senang!


Kek Oren, raya ke tak raya ke bila-bila pun boleh makan..sedapnyerrr hehehe

Ini kek orang dulu-dulu. Senang sangat, rasa pun sedap, tak muak.

Cuba lah, bau semerbak tak menahan.

RESEPI KEK OREN SEMPOI 

1 biji oren sunkist yang dijadikan 1 cawan jus (+ air untuk genapkan secawan)
3 sudu teh sunquick
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan minyak
Sedikit garam

Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder

Cara :
Ambil buah oren, belah ambil jusnya di dalam cawan sukatan di atas.

Potong kecil-kecil (hampas) buah oren tadi dan masukkan dalam blender / fruit processor

Dengan sempoi, masukkan kesemua bahan basah yang di atas dan blend / putarkan fruit processor sehingga sebati. 

Dalam bekas berasingan, sediakan tepung dan baking powder. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sebati guna whisk tangan.

Griskan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.

Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar 40 minit atau sehingga adunan tak lagi bergoyang :)

Bau oren yang harum memikat menggamit nostalgia malam raya bersama keluarga di suatu masa.

Selamat berhari raya dengan kenangan lama semua! 😍

Credit to Nieza Nor Hamira

Pahala Dengar Orang Baca Al-Quran


PAHALA DENGAR ORANG BACA QURAN

SOALAN :

Adakah sama pahala orang yang mendengar Quran sama dengan orang yang membacanya?

JAWAPAN :

Sebagaimana orang yang membaca Quran itu mendapat pahala  maka orang yang mendengar bacaan Quran juga mendapat pahala.

Telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata :

قَالَ لِي النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (اقْرَأْ عَلَيَّ). قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أقْرَأُ عَلَيْكَ، وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ؟! قَالَ: (نَعَمْ). فَقَرَأْتُ سُورَةَ النِّسَاءِ حَتَّى أَتَيْتُ إِلَى هَذِهِ الآيَةِ: (فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاَءِ شَهِيدًا) قَالَ: (حَسْبُكَ الآنَ). فَالْتَفَتُّ إِلَيْهِ، فَإِذَا عَيْنَاهُ تَذْرِفَانِ

Ertinya : “Telah berkata bagiku oleh Nabi saw : Bacalah Quran atasku. 
Aku berkata : Wahai Rasulullah adakah patut aku bacakan atasmu sedangkan Quran itu diturunkan atasmu? 
Kata Nabi : Ya. 
Maka aku pun membaca surah An-Nisak sampai pada ayat : فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاَءِ شَهِيدًا. 
Lalu Nabi berkata : Cukuplah setakat itu. 
Maka aku memandang kepada Nabi maka tiba-tiba kedua matanya menangis.” Hadith Riwayat Imam Bukhari.

Oleh kerana itu barang siapa yang ada kelapangan dan gemar membaca Quran maka bacalah sebanyak mungkin dan barang siapa gemar mendengar orang lain membaca Quran maka dengarlah sebanyak mungkin.

Berbalik kepada soalan maka adalah membaca Quran itu lebih afdhal dari hanya mendengar bacaan orang lain kerana sungguhnya orang yang membaca Quran itu berhimpun kepadanya dua kelebihan yaitu membaca dan mendengar Quran dan lebih lagi yaitu menggerakkan lidahnya menyebut kalam Allah dan matanya pula memandang kepada mushaf yang mulia.

wallahua’lam

Kredit: FB Ustaz Azhar Idrus

5 Tips Elakkan Ulser Di Mulut!


Pernah Kena Ulser di Mulut tak..??? 

5 Tips Bagi Mengelakkan Ianya Daripada Berlarutan.

Kalau ada ulser dimulut tu rasa macam nak menangis je kan? Dah la susah nak makan lepas tu bila nampak makanan kegemaran tapi dapat tengok je sebab fikirkan kalau makan ni mesti rasa sakit.

Ulser ni boleh kena pada mana-mana bahagian lidah, bibir atau sekitar tekak. Anda mesti pernah kena mana-mana bahagian ni kan ?

Nak tunggu ulser ni pulih ambik masa satu ke dua minggu, lama juga lah nak tahan sakit tu.

Jadi perkongsian beberapa tips ini untuk cegar ulser dari berlarutan dan mungkin boleh pulihkan dengan lebih cepat.

1. Air Garam
Air garam dapat mengurangkan sakit dan mematikan kuman yang mengakibatkan ulser tersebut, kita hanya perlu berkumur air garam dua atau tiga kali sehari sahaja.

2. Air Kelapa
Kenaikan suhu badan juga boleh jadi penyebab berlakunya ulser. Jadi, kita digalakkan minum air yang mencukupi atau mengamalkan air kelapa untuk mengimbangi suhu badan kita.

3. Marjerin
Marjerin juga berupaya menyembuhkan ulser mulut. Cuma letakkan marjerin pada sekitar kawasan yang terkena ulser dan ulangi sehingga ulser betul-betul sembuh.

4. Madu
Bahan pembunuh yang terkandung dalam madu boleh menyembuhkan luka dan jangkitan dengan cepat. Ia mampu merawat ulser dengan berkesan.

5. Soda Penaik
Perlu campurkan soda penaik ini dengan air suam sikit, dan letakkan di bahagian yang dijangkiti ulser untuk penyembuhan pantas.

Selamat Mencuba!

Kredit: FB Ustaz Sharhan Shafie

Simple & Menarik! Trend Gubahan Hantaran Tersembunyi